Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Sunday, 24 July 2011

BILA MELAYU DI FELDA MAHU SEDAR...?


meh kita sentuh sikit pasal "bank simpanan selamat tetap BN" iaitu FELDA..

Kalau boleh aku nak mencelikkan sikit mata orang melayu yang dah tertutup dengan ikan masin,baju lusuh dan juga air "mati" (air masak ler.. itupun tak tahu.."

kisah FELDA ni macam2 dah yang kita dengar...  dah banyak kali kita dengar FELDA kena saman...

dan banyak kali juga kita dengar org yang saman FELDA tu menang..
kenapa peneroka boleh menang yer..?

June lepas FELDA berdepan dengan satu lagi saman..
kali ini dari 711 peneroka rancangan Jengka, Pahang telah memfailkan saman RM344 juta berhubung dakwaan berlaku penipuan dan pecah amanah.

Sebelum ni pulak  FELDA disaman oleh peneroka dari Kelantan, Johor dan Negeri Sembilan.. banyak betui felda kena saman ni....

Saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh melalui peguam Ms Daim & Gamany pagi ini, dengan menamakan FELDA dan Felda Palm Industries Sdn Bhd, sebagai defendan.


Dalam kenyataan saman peneroka jengka ni, peneroka berkenaan mendakwa mereka terikat oleh FELDA untuk hanya menghantar hasil kelapa sawit kepada Felda Palm Industries sahaja...

korang faham tak..? ni dah satu urusniaga yang tak adil...
 

tengok video ni...

Mereka mendakwa sentiasa dibayar mengikut kadar perahan gred Kadar Perahan Asas (OER) sejak 15 tahun yang lalu (lama tuuu...)

purata 18.5 peratus seperti yang dinyatakan dalam Akuan Penerimaan BTS - resit yang diberikan bagi setiap lori yang menghantar tandan buah sawit.

Peneroka berkenaan mendakwa tidak ada bukti jelas yang menunjukkan bagaimana FELDA Palm Industries menetapkan kadar yang berbeza itu, yang diberikan setiap hari di setiap tempat penghantaran.


Peneroka mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena apabila mereka menyedari yang mereka tidak mampu menyamai kadar lebih tinggi yang diperakukan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia.


Peneroka, melalui wakil mereka, menghantar contoh rawak hasil buah kelapa sawit mereka kepada makmal bebas untuk menilai kadar sebenar OER.
(nasib baik peneroka2 ni jenis yang bijak...)

Keputusan ujian makmal itu menunjukkan kadar purata lebih tinggi sebanyak 27 peratus, yang bermaksud perbezaan purata 8.5 peratus berbanding kadar yang digunakan oleh defendan kedua... faham ke tak..? peneroka kini dah tahu yang mereka patut dibayar lebih lagi dari nilai yang dibayar oleh Felda...


Peguam mendakwa mereka mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa pada 2008, 711 peneroka dari 16 rancangan FELDA Jengka telah menghantar purata hasil 120 tan setiap seorang.


Peneroka terbabit dibayar oleh FELDA pada purata harga RM560 setan pada tahun yang sama.


Dengan menggunakan angka kekurangan 8.5 peratus itu, FELDA  telah menyebabkan setiap peneroka kerugian RM257.60 setan, iaitu kira-kira RM30, 912 bagi tahun 2008 sahaja. 

banyak tu weehhhh....

Jadi korang tahukan kenapa peneroka yang dah bijak ni marah..?
kenapa kalau kita jual hasil sendiri,pendapatan kita lagi lebih..?

jawabnyer ialah.., kilang FELDA beli buah dgn harga rendah,
walau buah gred tinggi dari pokok yg baik..
kalau kita jual diluar,kita akan dibayar mengikut gred buah... kalau tinggi,tinggi le hasilnyer..

tetapi sebagai peneroka (yang belum dapat geran) yang tak mau jual ke Felda,
akan mengalami satu kesukaran iaitu kilang lain tak mau ambil buah mereka kerana kilang lain itu telah di warning oleh pihak2 tertentu... (dibeberapa tempat berlaku perkara macam ini)

siapakah yang bagi warning tu..?
dah tentu  bukan pihak bomba malaysia...

perbezaan pendapatan sangat-sangat ketara jika kita serah pengurusan ladang ke Felda dengan kita lakukan sendiri...


memang sangat berbeza,buat sendiri (bukan sendiri pun,siap boleh upah orang lagi untuk ke ladang) beza pendapatan tu sangat banyak, lebih banyak dapat untung buat sendiri.

mana-mana peneroka yang dah bijak,mereka akan beli lori sendiri utk memudahkan urusan jual sawit ke kilang2 swasta berbanding guna khidmat lori felda untuk ke kilang FELDA.

sebelum ini tidak ada peneroka membuat kira-kira dalam pengurusan ladang mereka, meraka hanya pergi landang..buat kerja,balik ladang dan tunggu FELDA bagi duit..

kalau tak cukup belanja,ambil barang keperluan kat kedai FELDA,hutang pulak tu.. dan bila dah tuai buah hasil jualan yang tidak seberapa tu akan ditolak duit hutang di kedai FELDA..

walau dah 10 tahun,dan dah siap buat tanaman semula,kehidupan mereka tidak pernah berubah... padahal tanah mereka luas dan hasil yang banyak..

kalau ada peneroka yang nampak mewah sikit pun itu adalah kerana meraka buat 2,3 kerja dalam sebulan bagi mendapatkan kehidupan yang selesa... padahal jika ladang yang seluas itu,mereka tak payah buat 2,3 kerja pun mereka dah senang...

sekian laporan dari liang lahad hehehe..... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive