Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 19 July 2011

BILA KERAJAAN NAK MEMPERTIMBANGKAN 8 TUNTUTAN BERSIH 2.0 TU..


19 July 2011 :

Dah 10 hari bersih 2.0 berlalu,namun sehingga kini kerajaan langsung tidak pernah nak membincangkan atau pun mempertimbangkan 8 perkara tuntutan BERSIH 2.0  itu...

bagi aku ler.. dari dok sibuk buat penafian berlakunyer kekerasan dari pihak polis ke atas peserta BERSIH 2.0 yang mana semua orang tahu benda tu memang berlaku,lebih baik ler kita mula membincangkan semua tuntutan BERSIH 2.0 yang 8 perkara tu...

boleh ler rakyat semua tahu dan faham apakah 8 perkara tu...
dan apakah 8 perkara tu mampu menggegarkan selat melaka atau pun menjunamkan saham negara..?

dan sekiranyer kerajaan berminat mahu membincang dan mempertimbangkan 8 tuntutan itu,maka ianyer sebenarnyer adalah satu kredit untuk kerajaan sendiri....

soalnyer,kenapa tak mahu..?
sekarang ni dah siap main ugut2 dan memberi amaran kepada rakyat supaya jangan berbicara lebih dan menggalakkan hebahan tentang BERSIH ni...
jadi kat sini aku nak letakkan sekali apa dia 8 perkara tu... yang hingga boleh membuatkan kerajaan menjadi trauma bila sebut soal BERSIH ni...

sama2 lah kita lihat samada 8 perkara itu merugikan Negara dan rakyat...??







8 TUNTUTAN BERSIH



1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.

2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.

3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.

4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.

5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.

6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.

7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan POLITIK KOTOR

....Jadi tang mana yang dikatakan merugikan negara tu....?
cube bagitahu aku perenggan yang mana satu yg boleh menyebabkan rakyat malaysia ni akan mengalami kerugian jika 8 tuntutan ini dilaksanakan..?

ada tak..? hehehe.....

1 comment:

  1. YIP KUM FOOK (MCA GOMBAK CHAIRMAN) MAKES BUDDHIST & MCA SHAMEFUL!


    敬爱的马来亚佛总理事先生Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia佛寺理事先生以及佛教信徒.

    自从Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)当任主席, 有预谋的迫走本地和尚(吉兰丹), 而遠聘缅甸和尚, 当任主持之后Samnak Sambodhi Thai Buddhist Temple No: 19 Jalan 38 Taman Desa Jaya, Kepong 52100 Kuala Lumpur, Malaysia(暹廟)就一直发生种种的是是非非, 以引起方民間議論纷纷.

    其因是Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)所领导的理事会, 勾结外耒的缅甸和尚, 以啇業経营, 不依佛法的精神办事, 只借宗教之名捞取权和私利所引起………. 最近又自行一套商业手法, 规定任和人, 若想出家当和尚修道者, 必先供给RM400大元, 否则免谈. 這种啇業手法, 已引起广大的信徒愤怒而不满.

    Samnak Sambodhi Thai Buddhist Temple (暹廟)是佛总之联会, 而身佛堂之主席Yip Kum Fook (MCA Gombak Chairman)不以佛陀的教誨, 修心養性, 却反其道而行, 接着权势, 无悪不做, 三妻四妾, 骗财骗色, 破坏別人的家庭.....现在他的排聞满天飞, 不但给佛寺帶耒不好的名声, 也間接的耻辱佛教信仰者.

    所从我们祈望马来亚佛总与Buddhist Maha Vihara, Brickfields, Kuala Lumpur, Malaysia理事同仁, 给以关注, 共創義举, 维护佛法

    此致, 并
    祝安康, 工作愉快.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive