Rujukan Maklumat

PENYOKONG BN BUAT PROVOK JATUH MOTOR, DIBANTU UNIT AMAL

Tuesday, 26 July 2011

ANWAR LIABILITI KEPADA PEMBANGKANG..?


Tuduhan bahawa "ANWAR LIABILITI KEPADA PEMBANGKANG" adalah satu lagi bukti bahawa betapa hebatnyer Anwar dimata orang BN dan juga UMNO... UMNO terpaksa mencipta satu slogan yang mereka sendiri tahu ianya tidak benar..
kak mah liabiliti kepada BN aku setuju ler..

ini juga menandakan Anwar ni adalah satu jenama yang sangat penting di dalam negara kita..
satu nama yang menguatkan PR dan juga nama yang akan melemahkan UMNO....

Anwar Ibrahim akan sentiasa menjadi momokan kepada BN..









aku mengambil petikan kenyataan Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST)  Dr. Chandra Muzaffar :-

"Mereka tahu, dia (Anwar) adalah satu bebanan. Tetapi mereka memerlukan Anwar kerana hanya Anwar yang boleh menyatukan Pas dan DAP. Kerana pada DAP, sekiranya mereka menjalinkan hubungan terus dengan Pas, sudah tentu anggota-anggota mereka tidak terima.."

adakah Anwar Ibrahim satu beban kepada Pakatan Rakyat...?
aku tak rasa Anwar satu beban pun kepada pemimpin2 PR yang lain..

atau adakah UMNO sendiri yang merasakan yang PENGARUH Anwar Ibrahim  adalah satu beban untuk UMNO kembali tegak berdiri dan terus relevan dalam arus politik negara..?

ini kerana Anwar Ibrahim mempunyai banyak pengaruh di kalangan rakyat bawahan..

mata DSAI lebam ditinju oleh Ketua Polis Negara,Rahim Noor..
Anwar merupakan satu motivasi kepada rakyat bawahan dalam menuntut keadilan semenjak peristiwa mata lebam 20 September 1998

Anwar Ibrahim juga ibarat PERISAI kepada cubaan-cubaan UMNO untuk melaga-lagakan PAS dan DAP yang mana kelihatannya UMNO semakin berputus asa apabila usaha meraka ini digagalkan oleh orang yang bernama Anwar Ibrahim ini..





kes-kes untuk menjatuhkan Anwar sejak tahun 1998 sehinggalah kini juga bukanlah satu bebanan kepada Pakatan Rakyat..
jika benar kes Anwar menjejaskan Pakatan Rakyat,maka tidaklah PR akan mampu merampas 5 negeri pada PRU 12 tahun 2008 lalu..

jadi terima kasih ajer ler atas cubaan Dr. Chandra untuk pengaruhi rakyat tu yer...
percubaan anda telah gagal,
cuba lagi lain kali.. hehehe....

1 comment:

  1. belum dapat perintah negara memang kata smuanya boleh. aq xnmpk anwar berjuang untuk rakyat. yg aq nmpk anwar omega berjuang untuk kepentingan dia dan keluarga dia. org pkr smuanya buta tuli

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive